Tuesday, February 22

mari mengenal malaikat :)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Masa zaman kecik-kecik dlu,mmg slalu blajar pasal Rukun Iman kan?
siapa ingat? angkat tangan!!!
ok2..betul la tu..
1.beriman kpd Allah
2.Beriman kpd para malaikat
3.beriman kpd kitab2
4.beriman kpd para rasul
5.beriman kpd hari akhirat
6.beriman kpd Qada & Qadar

Jawapan Rasulullah S.A.W ketika ditanya tentang iman  ;

" iman ialah percaya kpd Allah,dan malaikat-malaikatNya,dan kitab-kitabNya,dan para RasulNya,dan hari akhirat,dan qada & qadar ( samada baik atau buruk )
                                                                                                                              (Hadis Riwayat Bukhari)

Ok,kali ni jom kita fokus kepada rukun iman yang kedua – beriman kepada para malaikat.Hakikatnya,hanya Allah yang Maha Mengetahui bilangan sebenar para malaikat.
                                                          
 “..dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja..” ( Surah al-Mudassir,31 )

Antara ciri-ciri para malaikat yang disebut dalam Al-Quran ;

1.Para malaikat dicipta sebelum penciptaan manusia.


“ dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (al- Baqarah,30)

2.Para malaikat diciptakan untuk menyembah Allah tanpa henti,dan mentaati perintahNya.

                                                    
“ mereka beribadat malam dan siang, dengan tidak berhenti-henti.” ( al-Anbiya’,20)

3.Para malaikat boleh muncul dengan menyerupai manusia.

“  maka Kami hantarkan kepadanya: roh dari Kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya” ( Maryam,17)

4.Para malaikat tinggal di syurga dan turun dengan perintah Allah.
                                    
“dan (berkatalah malaikat): "Kami tidak turun dari semasa ke semasa melainkan dengan perintah Tuhanmu (Wahai Muhammad)” (Maryam ,64)

5.Para malaikat boleh naik dan turun antara langit dan bumi.

“ Para malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan,dalam sehari setara dengan lima puluh ribu tahun”. ( al – Ma’arij ,4)

6.Para malaikat tidak mempunyai nafsu untuk berkahwin dan berketurunan seperti manusia.

“ dan mereka pula menyifatkan malaikat - yang juga menjadi hamba-hamba Allah Yang Maha Pemurah itu - jenis perempuan. Adakah mereka menyaksikan kejadian malaikat itu? Akan dituliskan kata-kata mereka (yang dusta itu), dan mereka akan ditanya kelak (serta akan menerima balasannya).” ( az- Zukhruf,19)

7.Para malaikat ialah makhluk yang mempunyai sayap.

“ Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, Yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat..” ( Faathir,1)

Begitulah sifat dan ciri para malaikat yang telah disebut dalam Al-Quran.Maha suci Allah,Yang Maha Kaya,yang mempelbagaikan ciptaanNya.SubhanAllah…Astagfirullah..kerdilnya hambaMu ini...
matahari d sandunes,qatar.mei2010
*gambar ni xda kaitan scr langsung dgn post ni*hehe


*sebenarnya niat mo post entri ni masukkan ayat Quran skali ..tp xdpt pla..

No comments:

Post a Comment