Tuesday, August 2

resepi.resepi.umai udang & inava yu.

assalammualaikum.hari ni sda masuk 2 ramadhan.
wah,puasa di rumah memang lain dr yg lain.relaxxxx abisss!!!!
rindu pula dgn kwn2 yg slalu sahur & sungkai sama2.

2 ramadhan,lagu-lagu raya suda bkumandang.baju2 raya sudah byk dijual.kueh raya,jgn ckp la,before puasa lagi,byk da aku nmpak d supermarket2..
ish2..apa mo jadi.x salah.early preparation la org ckp.hrp2 jgn smpai terlalu sibuk mengejar raya,nikmat ramadhan tercicir begitu saja.

*********************************************************************************

ok.sepa tau apa itu umai & inava?
oh.bukan nama org.tp nm makanan tradisional borneo.hehe.
umai-sarawak.inava-sabah.
aritu balik kmpung,teringin pula mau try ;)

*********************************************************************************
INAVA YU

mknn tradisi org kadazan.wpun aku half kadazan.baru first time try ni seumur hidup.haha.sandi ooo..
cara2nya (my aunty rus yg ajar)

1.bersihkan ikan yu.buang kulit(siram air panas&kikis).potong kpd bbrp bhgian kecil.



2.bahagikan kpd bhgian2 kecil & hiris ikan halus2.

ikan yg sudah dihiris.
3.campurkan air asam.berapa biji?depend dgn citarasa masing2.asam ni yg btindak 'memasak' ikan td.
masukkan halia,bwg merah yg sudah dihiris.then,masukkan cili.ikut suka.tmbh sedikit garam.
 
jgn lupa buang biji...






siap!!! mkn begitu saja pn sedap ;)

*************************************************************************
UMAI UDANG ( versi kg.klias kecil )

mknn dr sarawak.first time buat.before ni,pakai ikan ja.
cara yg sama dgn ikan yu,cuma perlu cincang udang.lagi fresh,lagi sedap!
***bole jg bakar udang dulu,lg hmmmphhh!!!!
udang fresh dibuka kulit& kepala


dicincang..

masukkan air limau,hirisan bawang merah & cili..

tada! siap ;)

 *boleh jg tmbh hirisan limau.
*air perahan boleh dikurangkan
*ada org ckp letak dlm peti sejuk lagi sedap...
senang2,ikut citarasa sendiri laaaa...

ok.siap sudah resepi tradisional gua.hahaa...bah,sepa berani try?????
























Monday, April 18

volunteer @ zoo negara!

best..pengalaman tu yg paling berharga..
bukan selalu bersempit-sempit naik lori dgn pokok2.
bukan selalu dapat cium bau bahan buangan haiwan2 buas yg kick*
release tension dlu before study habis-habisan.heh.


kalau berminat jd volunteer,
boleh klik sini zoo negara.
cukup 40 jam,bole dapat sijil owh!

walaupun aku mmg excited gila mo cari encik panda.tapi x jumpa.
zoo negara xda panda ;(

tapi at least boleh jumpa encik-encik yg lain..


tiger!

setiap kali kami lalu,dia akan mengembek.kasihan.kaki dia kudung.

tiba2 aku teringat seseorang.hahahaha..

encik buaya.

encik zirafah.

ok.aku anggap dorang semua 'encik'.belum belajar lagi ilmu bezakan jantina haiwan2 ni.

cuba teka ni apa?

oh.itu buangan encik gajah ni.

*******************************************

spend time dgn kwn2 mmg best.walaupun penat.
posing puas.lepas siap kerja di jabatan lanskap & tanaman.

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pertukaran malam dan siang dan kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia;
demikian juga  air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang;
demikian juga peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi;
sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran." - al Baqarah,164"

Saturday, April 16

nota tauhid.

nah.nota tauhid.semua bab.kecuali mazhab2 kalam - aku wat utk ahli sunnah wal jamaah ja.
macam biasa.tulisan tangan - yg cincai.tp insyaAllah bole paham punya ;)
format pdf.suda ku letak 'sticky note' .


download sini.follow at ur own risk.!


ok.selamat studi.kasi doa aku juga ah ;)

Sunday, March 27

ya,tangan aku basah!

hyperhidrosis.itu la nama penyakit aku ni.
perpeluhan yang melampau - terutamanya bahagian tangan & kaki.
yang x bole tahan,kalu time menulis nota di kelas - memang confirm kertas tu lencun & banyak lah cop tangan di kain aku.
kalau menaip esaimen - memang slalu 'not responding' pasal touchpad suda basah.
kadang2 mesti amek masa sekejap,tunggu tangan kering dulu.
pernah sekali aku beli nset dlu,mesti la tengok2 & pegang2 dlu,tokey cina tu hairan " aiyoo,banyak basah ooo".Sori,saya x sengaja.dah dia mo kluar,mo wat cmna..

memang dari kecik dulu lagi aku camni,tp dulu aku x kesah sangat.x tau la,bila suda meningkat usia ni,baru la rasa tertekan & low confident.aduh.

masa skola menengah dulu,kalu masuk computer lab buat AUTOCAD,bila aku tunjuk monitor pc tu,mesti bestfren aku akan tegur " ko ni,ada aircond pun tangan basah lagi"...

masa aku bawa adik2 aku pg makan KFC ari tu pun,time tgh queue mo order,sempat lagi aku berpeluh,walaupun ada aircond.adik aku ckp "ko ni kak,berbaris pun bole berpeluh"...

ada kawan aku pernah ckp " x apalah,bukan menyakitkan pun kan".Ya,mmg x menyakitkan,tapi amat x menyelesakan :(
Orang mcm aku - mesti ada sapu tangan 24 jam.kalau ada cecair mula keluar,bole lah lap terus kan..
memnag aku surf internet pasal penyakit ni.Ramai rupanya ada msalah ni.Bukan aku ja,even ada yang lagi teruk,sampai bole mengalir lagi.Oh,harapnya aku x akan sampai ke stage itu..NauzubiLLAH..

Memang banyak alternatif mo sembuhkan penyakit ni.Sampai bole operate lagi.Tapi buat masa ni,aku pakai losyen mahal yang aku beli d Guardian ari tu.

perspirex.Rm 55.90 kalau aku x silap..
buat masa ni,peluh tetap keluar dengan melampau.tapi at least better than before la.teruskan sahaja berusaha.Allah yang berkuasa menyembuhkan..

kelebihan hyperhidrosis?
aku x pyh pakai losyen mo lembutkan tangan,pasal tangan aku memang lembut sebeb ada kelembapan yang cukup.hah.

Adakah aku akan menghidapi hyperhidrosis ni smpai tua nanti?harap2nya,bole la jumpa suami yang faham masalah aku ni ah.InsyaALLAH.

sekian,nukilan dari seorang yg menghidap hyperhidrosis.Even masa aku taip entry ni pun,berkali-kali aku lap tangan pasal keyboard sda basah.hmm (-..-)

Sunday, March 6

bersama anak-anak yatim :)

today - 6hb mac - hepi 23th besday,Lynn..smoga umurmu sentiasa diberkatiNya,dipermudahkan amalan2 solehmu..insyaALLAH..

ok.kelmarin,5hb kmi member2 kelab penyayang KUAZ telah berangkat ke rumah anak-anak yatim - pusat jagaan siraman kasih,rawang.peserta budak-budak darjah 1 - 6..memang comel2 la semuanya..




masa ni sesi bgambar ..comel2 kan???




sedih juga tengok dorang ni , kecik2 lagi suda jadi anak yatim..wpun aku kehilangan ibu,tapi at least adalah memori masa kecik2 dlu untuk dikenang2 kan..adik2 ni - innocent lagi semuanya..

bila disuruh tulis nama drg di nametag - dorang akan tulis fullname - dgn nama ayah sekali - tapi aku xda kekuatan untuk tanya " ayah mana,mak mana? " - oh tidak.hari ini hari untuk berseronok,bukan untuk bersedih2..

masa mula-mula sampai memang semuanya malu-malu..tapi bila masuk dalam kumpulan,semuanya melekat - mcm x mo lepas..

adik2 kumpulanku - rafiqah,husna,syuhada,mawaddah,mashitah

berkomunikasi dgn budak2 mmg mencabar.haha.pasal kita x boleh blame drg kalu drg x dengar cakap kita..mesti pandai cope dgn keadaan - kita suruh lain,dorang buat lain.lagi - lagi ,masing masing ada perangai sendiri . ada yang xmau mengalah,ada yang perlu perhatian lebih,ada yang lambat faham,mcm2 laaa..bingung2 juga aku ng mashitah menyusun atur dorang.dlm hati aku "wah - memang sabar betul pengasuh-pengasuh dorang ni.."

ada part bila LDK berkait dgn rukun islam - aku tanya dorang " tadi pagi ada sembahyang subuh tak? "
cepat dorang jawab - " ada ,kite sembahyang tahajud lagi ". Masya ALLAH,malunya aku.Kecik2 gini lagi dorang suda dibiasakan dengan  sembahyang tahajud .aku yang 22 tahun ni? aduh!

lagi,masa kami minta dorang senaraikan sifat baik & buruk - ada sorang tulis " selawat menangis " - mksudnya dia selawat sambil menangis.Then,aku tanya " nape menangis ? " . Kawan dia tolong jawab - " dia nangis sebab dia sedih, x dapat nak jumpa Rasulullah ". Aku terkedu.Ya ALLAH,sucinya hati budak-budak ni..
jgn risau,dik,insyaALLAH,nanti kita semua akan jumpa baginda - kalau kita baik..

paling sedih - masa mo balik laa..bila bas sekolah warna oren kami suda smpai.lepas sesi bergambar dan berpeluk-peluk..masa kami suda naik bas - adik2 tu melambai tak henti2..x cukup di kiri bas - dorang pindah lagi ke sebelah kanan..

memang sedih betul masa ni..air mata bergenang-genang..


mugkin dorang terasa pemergian kami - wpun bersama sehari ja.insyaALLAH,ada jodoh,kita jumpa lagi ya,adik2 ku...

hakikatnya,walaupun kami pergi untuk menceriakan dan menggembirakan dorang,bagi aku - kami la yang banyak ambil pengajaran dari dorang.Tabahnya dorang menghadapi hidup tiap hari - tanpa ibu ayah tempat bermanja.paling-paling pun adik beradik senasib...bukan macam anak2 lain yang lebih bertuah..yang aku ni - besar2 camni pun,selalu ja menyusahkan hati orang tua..Astaghfirullah..



Alhamdulillah - bersyukurlah kita masih ada orang tua tempat bergantung.Berbakti lah sementara ada kesempatan..




Sunday, February 27

main masak-masak dgn orang jepun..

orang jepun mmg femes dgn otak drg yg kreatif.
dorang melihat masalah dlm hdup sbg peluang - cipta sesuatu yg baru - tmbh duit - kukuhkan ekonomi..

pasal itula ada Tun M ada kemukakan Dasar Pandang Ke Timur dlu..(kan?)
tp,serius ckp,cari pkerjaan di Jepun bukannya senang..(haha - tiba2 jadi penganalisis ekonomi )
bukan apa,oleh sbb psaingan yg sengit antara dorang - anak2 pegi sekolah,masuk junior & high school mesti dpt kputusan yg baik - spy dpt msuk univ.yg baik - spy dpt kerja d company yg baik.

panjang lagi 'analisis' aku sbenarnya.tp xpa.stop dlu.nnt post entri lain.heh.

ada hari tu,masa tengah 'YT walking ',aku jumpa video ni.

ni baru best! mcm sedap ja kan.comel pla tu..bukan sushi ni ja..banyak lg mainan - comel yg bole dimakan mcm pizza,bento,ramen,takoyaki..mcm2 lagi laaa...

yg aku crita di atas ni bnda yg bole jd mainan - dan bole dimakan.
yg ni pula,utk main ja.TIDAK bole dimakan.wpun nampak menyelerakan..
kalu mo mkn juga,pegi la beli yg betul2..



hah.aku paling suka part bila dia 'goreng' nuget ayam tu..
mcm btul2 kena fried la..bijak2..

aiseh.apa pasal la benda2 ni xda di Malaysia - or di Sabah masa aku kecik2 dlu,,
mana tau bakat aku jd chef bole di asah..haha..
tp seriously,kalu bnda ni ada dijual di Malaysia skrg,
even umur aku - yg spatutnya memasak di dapur - guna gas tong kuning ,aku akan beli benda ni . .
best apa!
wah.harmoni nya 'lauk pauk' tu di atas meja! nyum nyum!

Tuesday, February 22

mari mengenal malaikat :)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Masa zaman kecik-kecik dlu,mmg slalu blajar pasal Rukun Iman kan?
siapa ingat? angkat tangan!!!
ok2..betul la tu..
1.beriman kpd Allah
2.Beriman kpd para malaikat
3.beriman kpd kitab2
4.beriman kpd para rasul
5.beriman kpd hari akhirat
6.beriman kpd Qada & Qadar

Jawapan Rasulullah S.A.W ketika ditanya tentang iman  ;

" iman ialah percaya kpd Allah,dan malaikat-malaikatNya,dan kitab-kitabNya,dan para RasulNya,dan hari akhirat,dan qada & qadar ( samada baik atau buruk )
                                                                                                                              (Hadis Riwayat Bukhari)

Ok,kali ni jom kita fokus kepada rukun iman yang kedua – beriman kepada para malaikat.Hakikatnya,hanya Allah yang Maha Mengetahui bilangan sebenar para malaikat.
                                                          
 “..dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja..” ( Surah al-Mudassir,31 )

Antara ciri-ciri para malaikat yang disebut dalam Al-Quran ;

1.Para malaikat dicipta sebelum penciptaan manusia.


“ dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (al- Baqarah,30)

2.Para malaikat diciptakan untuk menyembah Allah tanpa henti,dan mentaati perintahNya.

                                                    
“ mereka beribadat malam dan siang, dengan tidak berhenti-henti.” ( al-Anbiya’,20)

3.Para malaikat boleh muncul dengan menyerupai manusia.

“  maka Kami hantarkan kepadanya: roh dari Kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya” ( Maryam,17)

4.Para malaikat tinggal di syurga dan turun dengan perintah Allah.
                                    
“dan (berkatalah malaikat): "Kami tidak turun dari semasa ke semasa melainkan dengan perintah Tuhanmu (Wahai Muhammad)” (Maryam ,64)

5.Para malaikat boleh naik dan turun antara langit dan bumi.

“ Para malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan,dalam sehari setara dengan lima puluh ribu tahun”. ( al – Ma’arij ,4)

6.Para malaikat tidak mempunyai nafsu untuk berkahwin dan berketurunan seperti manusia.

“ dan mereka pula menyifatkan malaikat - yang juga menjadi hamba-hamba Allah Yang Maha Pemurah itu - jenis perempuan. Adakah mereka menyaksikan kejadian malaikat itu? Akan dituliskan kata-kata mereka (yang dusta itu), dan mereka akan ditanya kelak (serta akan menerima balasannya).” ( az- Zukhruf,19)

7.Para malaikat ialah makhluk yang mempunyai sayap.

“ Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, Yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat..” ( Faathir,1)

Begitulah sifat dan ciri para malaikat yang telah disebut dalam Al-Quran.Maha suci Allah,Yang Maha Kaya,yang mempelbagaikan ciptaanNya.SubhanAllah…Astagfirullah..kerdilnya hambaMu ini...
matahari d sandunes,qatar.mei2010
*gambar ni xda kaitan scr langsung dgn post ni*hehe


*sebenarnya niat mo post entri ni masukkan ayat Quran skali ..tp xdpt pla..

Wednesday, February 16

masak-memasak & baby sitting~

sekali sekala penat gara-gara jadi suri rumah pn best jugak kan?kdg2 penat jg,tiap hari wat benda sama ja (jd full time student )
tp apa bole buat,bsabar lah wahai diriku yg rajin..kejayaan mmg memerlukan pengorbanan..

ok.the story is,kawan aku yang da jadi bini and ibu orang jemput p rumah dia.ada kenduri kononnya..kebetulan cuT maulidur rasul & niat keluar dari zon selesa harian..kami pun p rumah dia awal pagi tu.. jadi tukang masak-tukang potong-tukang cuci la kononnya...masuk kali ni,sda 2 kali iza(kawan aku -bini n ibu orang) wat kenduri..
tp kali ni lain skit la..pasal ada kak wan a.k.a chef queen..haha~ memang pakar masakan la..
pernah skali aku p pesta buku dgn dia tahun lalu d PWTC,semua buku yg dia beli - semuanya pasal masakan..
mungkin satu hari  nanti dia bakal menerajui pasaran katering..hah!

wpun tangan pegang kuali,masih sempat posing-

wpun penat,tapi memang rasa puas.dapat main dengan baby danish yg bulat - wpun dia hny pandai ketawa.
ex classmate iza yg datang ckp muka kami ( aku & baby danish ) hampir sama.haha - mungkin sebab mata kami sama-sama sepet.dan kami sama -sama bulat :)

geram tengok pipi dia yg bulat tu!

                                                  *******************************

aku,kak wan,shimae & afny - rombongan paling lambat pulang petang - juga yg paling awal sampai pagi2 tu..
tepaksa meredah hujan yg lebat..menunggu teksi..
sempat lagi acar nenas yg aku tapau tu jatuh dimamah lantai bus stop..couple sebelah aku pn tengok dgn pndangan kasihan.malu pn ada jg weh..tp apa bole buat,xda rezeki :(
nanti bila biasiswa da bank in , mo makan puas - puas !
tp bila? oh,biasiswaku!

Monday, February 14

sepetang bersama Tun Dr. Mahathir

alhamdulillah..14 Feb 2011..mungkin ada certain2 orang tengah hepi2 sambut valentine day yg smemangnya haram tu...
aku telah diberi peluang jumpa Tun Dr. Mahathir..bukan senang2 mo jumpa mantan PM Malaysia yg mencorakkan negara ni..ada pernah aku dgar dlm radio Era dlu,pasal ada budak mo jmpa Tun.Then,the DJs tolong capai hsrat dia,wat call sana sini..extension sana sini..tp xtau la,apa jadi in the end..dpt jmpa ka x.. ( well,aku bkannya kaki radio sgt pn )

tp pendek kata,aku dpt jumpa beliau la~


sempena perasmian Palestinian Cultural Organization Malaysia..di Shah Alam.
wpun before ni ada byk kempen2 kesedaran camni,tp mmg kesedaran ni ssuatu yg pnting wat orang Islam yg tinggal aman di sini..utk ingat tidak selamanya kita mampu hidup aman cmni..mana tau,esok lusa bencana bala datang..mana kta tau..sementara sempat ni,kta tolonglah mereka kan..
*images courtesy from google*


paling -paling pun,kirimkan doa..dan derma2 sikit kat Tabung Palestin kan...

*sempat jg dgar taranum dr 3 finalis akademi al-Quran td..2 orang bdak UM..salah sorang senpai dr zaman Nilam Puri lagi..well,gud luck!

"their suffering is our suffering,who knows one day,maybe we'll feel the same fear"
...kuatkan hati-hati kami ya Allah..

Friday, February 4

Golongan2 pembaca al-Quran...

ok.tazkirah pagi..ingatan pada diri sendiri & sesiapa yg ingin amek pengajaran..
sebenarnya,pembaca-pembaca al-Quran bole dibahagikan kpd bbrp golongan..
cuba fikir,kta masuk golongan mana?

1-GOLONGAN JUTAWAN المقنطرين
 mereka yg mmbaca 300 smpai 1000 ayat setiap malam

2-golongan yg berjaya الفائزين
 yg baca 200 - 299 ayat stiap malam

3-golongan setiawan القانتين
yg baca 100 - 199 ayat stiap malam..

4-golongan pemelihara الحافظين
 yg baca 50- 99 ayat stiap malam..

5-golongan yg ingat الذاكرين
 mereka yg baca 10 - 49 ayat stiap malam

6-golongan yg lalai الغافلين
yg mmbaca lebih kurang 9 ayat saja stiap malam..


mmm..kta masuk golongan mana?ada berniat mo naik pangkat masuk golongan up lagi?
mungkin ada soalan yg timbul,malam ja bole baca al-Quran? Islam tu kan mudah..tutup aurat,suci dari najis & niat mo baca al-Quran pn sudah dikira mencukupi..brdasarkan apa yg aku da blajar,waktu afdhal ialah antara Maghrib & Isyak dan selepas Fajar..

pernah skali aku tgok rancangan TV kat Indonesia yg ada cerita pasal al-Quran ni,tajuknya lebih kurang 'Surat Cinta dr Kekasih' camtu laa..

Kita ni,kalau terima surat atau sms dari kekasih,mesti suka kan?Mesti kta baca berkali2 & rasa x sabar mo baca yg seterusnya..kan? Analogi al-Quran camtu juga la..Surat Cinta dari Kekasih Agung kita..Subhanallah..Dia tidak akan tinggalkan kita..cuma kita ja kadang2 lalai & alpa..Astaghfirullah..
tengok la betapa Allah sayang dgn kita..cukup pantang larang...buat itu,tinggal ini dalam al-Quran..
hanya kita tinggal baca & amek pengajaran..

Syukur..aku dilahirkan dalam Islam,masih Islam..dan InsyaAllah,Islam sampai bertemuNya..


*edited@22Feb
ok,lepas baca entri ni tolong komen ah..
aku cadang mo masukkan entri ni jadi assignment madkhal tafsir..
ustaz ckp komen-komen tu yg akan di ambil kira
jd,komen anda semua mmg amat dihargai...syukran :)

Thursday, January 27

suprise dr abah saya !!!



ok.first entry sbg part time blogger.azam baru weh!-wpun mo abes da bulan Jan..


tem tengah khusyuk2 memformat lptop member td..tba2 abah lovemost tpon..

dgan slambernya dia gtau "abah d KL sda ni"..

aku ingatkan dia main2..saja mo test aku..haha..tp btul la..dia dtg KL x gtau aku dlu..

mmg suprise laa!

sda la cuT mid sem bru stat..mmg mood bcuti tgah high skrang ni..hehe..alhamdulillah..Allah tau hambaNya ini perlukan percutian yg best :)

bsok abah bwk p Genting Highland~ yeah! wpun aku sda pg 2 kali dgn mmber2..tp xpa,kali ni,blanjawan ble minta TUAN BESAR sponsor..jd aku tinggal bawa badan ja..ooo x sabarnya tunggu ari esok..


saya SAYANG abah saya :)

bukan sbb dia mmg suka wat suprise,tp sbab dia memang ABAH saya..


anak bapa :)



ya ALLAH, Engkau sihatkanlah tubuh badannya & kasihanila dia sebagaimana dia menyayangiku dari kecil sampaila sekarang..Amin..