Sunday, March 27

ya,tangan aku basah!

hyperhidrosis.itu la nama penyakit aku ni.
perpeluhan yang melampau - terutamanya bahagian tangan & kaki.
yang x bole tahan,kalu time menulis nota di kelas - memang confirm kertas tu lencun & banyak lah cop tangan di kain aku.
kalau menaip esaimen - memang slalu 'not responding' pasal touchpad suda basah.
kadang2 mesti amek masa sekejap,tunggu tangan kering dulu.
pernah sekali aku beli nset dlu,mesti la tengok2 & pegang2 dlu,tokey cina tu hairan " aiyoo,banyak basah ooo".Sori,saya x sengaja.dah dia mo kluar,mo wat cmna..

memang dari kecik dulu lagi aku camni,tp dulu aku x kesah sangat.x tau la,bila suda meningkat usia ni,baru la rasa tertekan & low confident.aduh.

masa skola menengah dulu,kalu masuk computer lab buat AUTOCAD,bila aku tunjuk monitor pc tu,mesti bestfren aku akan tegur " ko ni,ada aircond pun tangan basah lagi"...

masa aku bawa adik2 aku pg makan KFC ari tu pun,time tgh queue mo order,sempat lagi aku berpeluh,walaupun ada aircond.adik aku ckp "ko ni kak,berbaris pun bole berpeluh"...

ada kawan aku pernah ckp " x apalah,bukan menyakitkan pun kan".Ya,mmg x menyakitkan,tapi amat x menyelesakan :(
Orang mcm aku - mesti ada sapu tangan 24 jam.kalau ada cecair mula keluar,bole lah lap terus kan..
memnag aku surf internet pasal penyakit ni.Ramai rupanya ada msalah ni.Bukan aku ja,even ada yang lagi teruk,sampai bole mengalir lagi.Oh,harapnya aku x akan sampai ke stage itu..NauzubiLLAH..

Memang banyak alternatif mo sembuhkan penyakit ni.Sampai bole operate lagi.Tapi buat masa ni,aku pakai losyen mahal yang aku beli d Guardian ari tu.

perspirex.Rm 55.90 kalau aku x silap..
buat masa ni,peluh tetap keluar dengan melampau.tapi at least better than before la.teruskan sahaja berusaha.Allah yang berkuasa menyembuhkan..

kelebihan hyperhidrosis?
aku x pyh pakai losyen mo lembutkan tangan,pasal tangan aku memang lembut sebeb ada kelembapan yang cukup.hah.

Adakah aku akan menghidapi hyperhidrosis ni smpai tua nanti?harap2nya,bole la jumpa suami yang faham masalah aku ni ah.InsyaALLAH.

sekian,nukilan dari seorang yg menghidap hyperhidrosis.Even masa aku taip entry ni pun,berkali-kali aku lap tangan pasal keyboard sda basah.hmm (-..-)

Sunday, March 6

bersama anak-anak yatim :)

today - 6hb mac - hepi 23th besday,Lynn..smoga umurmu sentiasa diberkatiNya,dipermudahkan amalan2 solehmu..insyaALLAH..

ok.kelmarin,5hb kmi member2 kelab penyayang KUAZ telah berangkat ke rumah anak-anak yatim - pusat jagaan siraman kasih,rawang.peserta budak-budak darjah 1 - 6..memang comel2 la semuanya..




masa ni sesi bgambar ..comel2 kan???




sedih juga tengok dorang ni , kecik2 lagi suda jadi anak yatim..wpun aku kehilangan ibu,tapi at least adalah memori masa kecik2 dlu untuk dikenang2 kan..adik2 ni - innocent lagi semuanya..

bila disuruh tulis nama drg di nametag - dorang akan tulis fullname - dgn nama ayah sekali - tapi aku xda kekuatan untuk tanya " ayah mana,mak mana? " - oh tidak.hari ini hari untuk berseronok,bukan untuk bersedih2..

masa mula-mula sampai memang semuanya malu-malu..tapi bila masuk dalam kumpulan,semuanya melekat - mcm x mo lepas..

adik2 kumpulanku - rafiqah,husna,syuhada,mawaddah,mashitah

berkomunikasi dgn budak2 mmg mencabar.haha.pasal kita x boleh blame drg kalu drg x dengar cakap kita..mesti pandai cope dgn keadaan - kita suruh lain,dorang buat lain.lagi - lagi ,masing masing ada perangai sendiri . ada yang xmau mengalah,ada yang perlu perhatian lebih,ada yang lambat faham,mcm2 laaa..bingung2 juga aku ng mashitah menyusun atur dorang.dlm hati aku "wah - memang sabar betul pengasuh-pengasuh dorang ni.."

ada part bila LDK berkait dgn rukun islam - aku tanya dorang " tadi pagi ada sembahyang subuh tak? "
cepat dorang jawab - " ada ,kite sembahyang tahajud lagi ". Masya ALLAH,malunya aku.Kecik2 gini lagi dorang suda dibiasakan dengan  sembahyang tahajud .aku yang 22 tahun ni? aduh!

lagi,masa kami minta dorang senaraikan sifat baik & buruk - ada sorang tulis " selawat menangis " - mksudnya dia selawat sambil menangis.Then,aku tanya " nape menangis ? " . Kawan dia tolong jawab - " dia nangis sebab dia sedih, x dapat nak jumpa Rasulullah ". Aku terkedu.Ya ALLAH,sucinya hati budak-budak ni..
jgn risau,dik,insyaALLAH,nanti kita semua akan jumpa baginda - kalau kita baik..

paling sedih - masa mo balik laa..bila bas sekolah warna oren kami suda smpai.lepas sesi bergambar dan berpeluk-peluk..masa kami suda naik bas - adik2 tu melambai tak henti2..x cukup di kiri bas - dorang pindah lagi ke sebelah kanan..

memang sedih betul masa ni..air mata bergenang-genang..


mugkin dorang terasa pemergian kami - wpun bersama sehari ja.insyaALLAH,ada jodoh,kita jumpa lagi ya,adik2 ku...

hakikatnya,walaupun kami pergi untuk menceriakan dan menggembirakan dorang,bagi aku - kami la yang banyak ambil pengajaran dari dorang.Tabahnya dorang menghadapi hidup tiap hari - tanpa ibu ayah tempat bermanja.paling-paling pun adik beradik senasib...bukan macam anak2 lain yang lebih bertuah..yang aku ni - besar2 camni pun,selalu ja menyusahkan hati orang tua..Astaghfirullah..



Alhamdulillah - bersyukurlah kita masih ada orang tua tempat bergantung.Berbakti lah sementara ada kesempatan..