Sunday, March 27

ya,tangan aku basah!

hyperhidrosis.itu la nama penyakit aku ni.
perpeluhan yang melampau - terutamanya bahagian tangan & kaki.
yang x bole tahan,kalu time menulis nota di kelas - memang confirm kertas tu lencun & banyak lah cop tangan di kain aku.
kalau menaip esaimen - memang slalu 'not responding' pasal touchpad suda basah.
kadang2 mesti amek masa sekejap,tunggu tangan kering dulu.
pernah sekali aku beli nset dlu,mesti la tengok2 & pegang2 dlu,tokey cina tu hairan " aiyoo,banyak basah ooo".Sori,saya x sengaja.dah dia mo kluar,mo wat cmna..

memang dari kecik dulu lagi aku camni,tp dulu aku x kesah sangat.x tau la,bila suda meningkat usia ni,baru la rasa tertekan & low confident.aduh.

masa skola menengah dulu,kalu masuk computer lab buat AUTOCAD,bila aku tunjuk monitor pc tu,mesti bestfren aku akan tegur " ko ni,ada aircond pun tangan basah lagi"...

masa aku bawa adik2 aku pg makan KFC ari tu pun,time tgh queue mo order,sempat lagi aku berpeluh,walaupun ada aircond.adik aku ckp "ko ni kak,berbaris pun bole berpeluh"...

ada kawan aku pernah ckp " x apalah,bukan menyakitkan pun kan".Ya,mmg x menyakitkan,tapi amat x menyelesakan :(
Orang mcm aku - mesti ada sapu tangan 24 jam.kalau ada cecair mula keluar,bole lah lap terus kan..
memnag aku surf internet pasal penyakit ni.Ramai rupanya ada msalah ni.Bukan aku ja,even ada yang lagi teruk,sampai bole mengalir lagi.Oh,harapnya aku x akan sampai ke stage itu..NauzubiLLAH..

Memang banyak alternatif mo sembuhkan penyakit ni.Sampai bole operate lagi.Tapi buat masa ni,aku pakai losyen mahal yang aku beli d Guardian ari tu.

perspirex.Rm 55.90 kalau aku x silap..
buat masa ni,peluh tetap keluar dengan melampau.tapi at least better than before la.teruskan sahaja berusaha.Allah yang berkuasa menyembuhkan..

kelebihan hyperhidrosis?
aku x pyh pakai losyen mo lembutkan tangan,pasal tangan aku memang lembut sebeb ada kelembapan yang cukup.hah.

Adakah aku akan menghidapi hyperhidrosis ni smpai tua nanti?harap2nya,bole la jumpa suami yang faham masalah aku ni ah.InsyaALLAH.

sekian,nukilan dari seorang yg menghidap hyperhidrosis.Even masa aku taip entry ni pun,berkali-kali aku lap tangan pasal keyboard sda basah.hmm (-..-)

1 comment:

  1. we face the same problems :(((
    kdg2 rse mcm slhkan takdir plk,sbb this is from genetic jgkkan :(

    ReplyDelete