Sunday, February 27

main masak-masak dgn orang jepun..

orang jepun mmg femes dgn otak drg yg kreatif.
dorang melihat masalah dlm hdup sbg peluang - cipta sesuatu yg baru - tmbh duit - kukuhkan ekonomi..

pasal itula ada Tun M ada kemukakan Dasar Pandang Ke Timur dlu..(kan?)
tp,serius ckp,cari pkerjaan di Jepun bukannya senang..(haha - tiba2 jadi penganalisis ekonomi )
bukan apa,oleh sbb psaingan yg sengit antara dorang - anak2 pegi sekolah,masuk junior & high school mesti dpt kputusan yg baik - spy dpt msuk univ.yg baik - spy dpt kerja d company yg baik.

panjang lagi 'analisis' aku sbenarnya.tp xpa.stop dlu.nnt post entri lain.heh.

ada hari tu,masa tengah 'YT walking ',aku jumpa video ni.

ni baru best! mcm sedap ja kan.comel pla tu..bukan sushi ni ja..banyak lg mainan - comel yg bole dimakan mcm pizza,bento,ramen,takoyaki..mcm2 lagi laaa...

yg aku crita di atas ni bnda yg bole jd mainan - dan bole dimakan.
yg ni pula,utk main ja.TIDAK bole dimakan.wpun nampak menyelerakan..
kalu mo mkn juga,pegi la beli yg betul2..



hah.aku paling suka part bila dia 'goreng' nuget ayam tu..
mcm btul2 kena fried la..bijak2..

aiseh.apa pasal la benda2 ni xda di Malaysia - or di Sabah masa aku kecik2 dlu,,
mana tau bakat aku jd chef bole di asah..haha..
tp seriously,kalu bnda ni ada dijual di Malaysia skrg,
even umur aku - yg spatutnya memasak di dapur - guna gas tong kuning ,aku akan beli benda ni . .
best apa!
wah.harmoni nya 'lauk pauk' tu di atas meja! nyum nyum!

Tuesday, February 22

mari mengenal malaikat :)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Masa zaman kecik-kecik dlu,mmg slalu blajar pasal Rukun Iman kan?
siapa ingat? angkat tangan!!!
ok2..betul la tu..
1.beriman kpd Allah
2.Beriman kpd para malaikat
3.beriman kpd kitab2
4.beriman kpd para rasul
5.beriman kpd hari akhirat
6.beriman kpd Qada & Qadar

Jawapan Rasulullah S.A.W ketika ditanya tentang iman  ;

" iman ialah percaya kpd Allah,dan malaikat-malaikatNya,dan kitab-kitabNya,dan para RasulNya,dan hari akhirat,dan qada & qadar ( samada baik atau buruk )
                                                                                                                              (Hadis Riwayat Bukhari)

Ok,kali ni jom kita fokus kepada rukun iman yang kedua – beriman kepada para malaikat.Hakikatnya,hanya Allah yang Maha Mengetahui bilangan sebenar para malaikat.
                                                          
 “..dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja..” ( Surah al-Mudassir,31 )

Antara ciri-ciri para malaikat yang disebut dalam Al-Quran ;

1.Para malaikat dicipta sebelum penciptaan manusia.


“ dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (al- Baqarah,30)

2.Para malaikat diciptakan untuk menyembah Allah tanpa henti,dan mentaati perintahNya.

                                                    
“ mereka beribadat malam dan siang, dengan tidak berhenti-henti.” ( al-Anbiya’,20)

3.Para malaikat boleh muncul dengan menyerupai manusia.

“  maka Kami hantarkan kepadanya: roh dari Kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya” ( Maryam,17)

4.Para malaikat tinggal di syurga dan turun dengan perintah Allah.
                                    
“dan (berkatalah malaikat): "Kami tidak turun dari semasa ke semasa melainkan dengan perintah Tuhanmu (Wahai Muhammad)” (Maryam ,64)

5.Para malaikat boleh naik dan turun antara langit dan bumi.

“ Para malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan,dalam sehari setara dengan lima puluh ribu tahun”. ( al – Ma’arij ,4)

6.Para malaikat tidak mempunyai nafsu untuk berkahwin dan berketurunan seperti manusia.

“ dan mereka pula menyifatkan malaikat - yang juga menjadi hamba-hamba Allah Yang Maha Pemurah itu - jenis perempuan. Adakah mereka menyaksikan kejadian malaikat itu? Akan dituliskan kata-kata mereka (yang dusta itu), dan mereka akan ditanya kelak (serta akan menerima balasannya).” ( az- Zukhruf,19)

7.Para malaikat ialah makhluk yang mempunyai sayap.

“ Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, Yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat..” ( Faathir,1)

Begitulah sifat dan ciri para malaikat yang telah disebut dalam Al-Quran.Maha suci Allah,Yang Maha Kaya,yang mempelbagaikan ciptaanNya.SubhanAllah…Astagfirullah..kerdilnya hambaMu ini...
matahari d sandunes,qatar.mei2010
*gambar ni xda kaitan scr langsung dgn post ni*hehe


*sebenarnya niat mo post entri ni masukkan ayat Quran skali ..tp xdpt pla..

Wednesday, February 16

masak-memasak & baby sitting~

sekali sekala penat gara-gara jadi suri rumah pn best jugak kan?kdg2 penat jg,tiap hari wat benda sama ja (jd full time student )
tp apa bole buat,bsabar lah wahai diriku yg rajin..kejayaan mmg memerlukan pengorbanan..

ok.the story is,kawan aku yang da jadi bini and ibu orang jemput p rumah dia.ada kenduri kononnya..kebetulan cuT maulidur rasul & niat keluar dari zon selesa harian..kami pun p rumah dia awal pagi tu.. jadi tukang masak-tukang potong-tukang cuci la kononnya...masuk kali ni,sda 2 kali iza(kawan aku -bini n ibu orang) wat kenduri..
tp kali ni lain skit la..pasal ada kak wan a.k.a chef queen..haha~ memang pakar masakan la..
pernah skali aku p pesta buku dgn dia tahun lalu d PWTC,semua buku yg dia beli - semuanya pasal masakan..
mungkin satu hari  nanti dia bakal menerajui pasaran katering..hah!

wpun tangan pegang kuali,masih sempat posing-

wpun penat,tapi memang rasa puas.dapat main dengan baby danish yg bulat - wpun dia hny pandai ketawa.
ex classmate iza yg datang ckp muka kami ( aku & baby danish ) hampir sama.haha - mungkin sebab mata kami sama-sama sepet.dan kami sama -sama bulat :)

geram tengok pipi dia yg bulat tu!

                                                  *******************************

aku,kak wan,shimae & afny - rombongan paling lambat pulang petang - juga yg paling awal sampai pagi2 tu..
tepaksa meredah hujan yg lebat..menunggu teksi..
sempat lagi acar nenas yg aku tapau tu jatuh dimamah lantai bus stop..couple sebelah aku pn tengok dgn pndangan kasihan.malu pn ada jg weh..tp apa bole buat,xda rezeki :(
nanti bila biasiswa da bank in , mo makan puas - puas !
tp bila? oh,biasiswaku!